Selamat Datang Ke Laman Mohamad Asyraf Basri..Ikuti Segala Perkembangan Terkini Tentang Dunia ICT

Saturday 11 August 2012

JOM BERKENALAN DENGAN ICT.


Salam 1Malaysia Asyraf ucapkan kepada semua pembaca yang sudi singgah di Blog Asyraf ni. Ada beberapa perkara yang nak Asyraf kongsikan bersama korang berkenaan dengan dunia ICT ini. Bagi permulaan dalam penulisan Asyraf, apa kata kita bermanja-manja dulu dengan maksud sebenar ICT ni. Adakah ICT brmaksud (INI CINTA TERAKHIR)?. Hahaha semestinya tidak.

ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan komputer tetapi merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat.


Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.

a) teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan membuat suntingan dengan menggunakan teknologi.

b) untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

c) digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

Untuk post yang pertama ni, rasanya cukup la sekadar korang tahu apa yang dimaksudkan dengan ICT ni. Nantikan post Asyraf yang seterusnya dengan topik-topik yang lebih menarik, tertarik kau memang DEBOOM(sempat lagi tu)... adiossssssss....



2 comments: