Selamat Datang Ke Laman Mohamad Asyraf Basri..Ikuti Segala Perkembangan Terkini Tentang Dunia ICT

Saturday 11 August 2012

MULTIMEDIA INTERAKTIF.



Assalamualaikum Dunia!! hahaha saja nak buat gempak.. Hurmm kalau sebelum ni korang dah pun Asyraf dedahkan dengan maksud sebenar ICT( INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY) jangan pulak ada yang gatal nak guna INI CINTA TERAKHIR tu lagi ek...hihihi.. Sebenarnya untuk post yang kedua kali ni Asyraf nak berkongsi la satu kajian yang telah dilakukan oleh beberapa pengkaji ICT ni... Jangan pulak korang nak skip je tajuk ni... maklumla topik yang ada fakta kan....hahaha

Kajian ini bertujuan untuk memerhati proses transformasi pelajar Multimedia Interaktif bagi Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) menjadi guru siswazah Multimedia Interaktif di sekolah. Transformasi ini dilihat dalam masa lapan bulan meliputi tiga fasa. Fasa Satu meninjau refleksi tiga puluh sembilan pelajar kursus PKPG Multimedia Interaktif tentang pengetahuan dan kemahiran terhadap kursus-kursus yang mereka ikuti di USM. Fasa Dua memerhati proses penilaian formatif bahan multimedia yang dijalankan oleh tiga puluh sembilan pelajar tersebut dan perbincangan maya dalam kalangan pelajar melalui kumpulan-e selama enam minggu praktikum. Fasa Tiga memerhati lima guru siswazah Multimedia Interaktif yang inovatif menjadi agen
perubahan melalui penggunaan ICT di sekolah.

Kaedah kualitatif jenis kajian kes (Yin, 2003) dan pensampelan bertujuan jenis kriteria (Patton, 1990) digunakan. Data dikumpul melalui soal selidik, kumpulan-e, temu bual dan laporan praktikum pelajar. Data kuantitatif dan kualitatif (Dey,1993) digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan teori dan praktis bidang teknologi pengajaran mengikut saranan Seels dan Richey (1994) adalah mencukupi untuk proses pembangunan, pemurnian dan penggunaan bahan multimedia untuk pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Perbincangan kumpulan-e berupaya menjanakan komunikasi dan pembelajaran secara kolaborasi dalam kalangan pelajar dan pensyarah pembimbing semasa praktikum dari perspektif Vygotsky (1978). Selepas praktikum, kefahaman pelajar PKPG Multimedia Interaktif dalam penilaian formatif dan kemahiran xiii komputer mereka diperkukuhkan. Mereka boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dan memperolehi motivasi intrinsik dalam penggunaan komputer walaupun mereka juga menghadapi cabaran. 


Di sekolah, guru siswazah Multimedia Interaktif yang memiliki ciri-ciri sahsiah yang unik seperti boleh berkomunikasi dengan berkesan, kreatif, berinitiatif dan rajin dapat memainkan tujuh peranan agen perubahan mengikut saranan Rogers (1995). Mereka juga memainkan peranan-peranan agen perubahan sebagai pemangkin, pemberi penyelesaian, pembantu proses dan penghubung sumber serta memiliki kemahiran-kemahiran proses yang perlu dipunyai oleh agen perubahan (Havelock & Zlotolow, 1995). Mereka melibatkan diri secara aktif dalam memperkenalkan inovasi dalam aktiviti dan projek sekolah serta berupaya mewujudkan perubahan melalui penggunaan ICT dalam kalangan guru dan pelajar sekolah. Namun begitu, sebagai agen perubahan, guru Multimedia Interaktif perlu mendapatkan sokongan dan kepercayaan daripada warga sekolah untuk mengintegrasikan ICT dalam aktiviti dan projek sekolah.

Hahahah pening tak kepala korang macam masa cikgu sejarah korang masuk kelas? hihihihi.. Kesimpulanya, Guru telah diberikan kursus untuk mempelajari tentang ICT. Jadi janganlah korang persiakan peluang yang dah ada depan mata ni.. Asyraf sendiri pun tahu yang belajar ICT ni bukanya semudah kita belajar ABC..tapi bagi Asyraf kalau korang boleh pegang dengan satu peribahasa "yang pipih tak datang melayang yang bulat tak datang bergolek" confirm for sure nyer la minat korang akan datang dengan sendiri (hihihihi kalah cikgu kaunseling)..ok jumpe lagi...Adiosssss




1 comment:

  1. Thanks Asraf dgn maklumat ini. Saya suka cara penulisan begini...santai...

    ReplyDelete